kerinduaan


Assalammualaikum,
Dear blog,
Hampir beberapa minggu sudah aku di kptm di area utara ni hidup aku sunyi tanpa keluarga disisi..memang aku jarang call ibu dan abah aku hanya kawan-kawan sahaja yang ada disisi hurmm..tapi kawan tak sama macam family aku nak belajar apa itu ertinya rindu sebelum ni aku kan tak pernah berjauhan dari keluarga aku hurmm..dulu je masuk asrama dekat teknik tu alaaaa tak jauh mana pun dari rumah aku minggu-minggu aku balik rumah dan minggu-minggu jugak ibu aku datang melawat aku dekat asrama and now aku sudah berjauh dari keluarga membawa diri ke utara tanah air..ibu abah pun susah nak melawat..hurm L 

Hari tu aku ada quiz aku takut sangat sebab aku tak paham tajuk tu..baru je aku masuk dah ada quiz belajar pun terkapai-kapai jugak..soalan jangan dikata lah macam mana Ya Allah susah jugak la..study jugak tapi tak masuk pun dalam otak aku nie…nak kena rebus buku minum air rebusan tu kot agaknya barulah aku boleh paham agaknya hurmm…

Lepas je habis quiz tu terus masej ibu…jenuh jugak aku fikir 2 3 4 kali nak masej bagi tahu ibu yang soalan tu susah tapi aku takut ibu bimbing fkir aku main-main je..akhirnya aku masej jugak…alhamdulillah ibu paham ibu kata baru lagi biasalahh..senyum aku sedikit…masa tu menitis air mata aku jugak laaa….oppsss! tapi au pandai cover..dah lah budak lelaki belakang aku isshhh tak boleh jadi nie..heheheh....setiap kali dapat masej ibu kenapa la air mata nie nak mengalir..?hurmm adakah aku rindu? Ye memang..ibu alin rindu ibu ..alin rindu abah…alin rindu abang..alin nak balik

Ingat lagi sebelum aku sambung belajar dekat utara nie gaduh,nangis-nangis aku nak pergi..bukan apa upu tak dapat poli tak dapat nak tunggu rayuan lambat dah la tingkatan 6 dulu terlepas hurmm…sapa yang taknak sambung belajar kan..alhamdulillah ibu dengan abah bagi..alin nak mintak maaf kalau alin derhaka dengan ibu dengan abah masa itu…maafkan alin ibu abah..

Nak dijadikan cerita aku ambil kos ni under uitm aku ni hanya ditumpangkan disini je..berbeza sungguh alam u dengan alam persekolahan ye…bagai  pen dengan pensil…nasib baik aku di sini boleh jugak catch up sikit-sikit kalu dekat u subahanallah tak tahu lah macam mana…kadang-kadang ada jugak rasa tension..hurmm
Kadang-kadang best jugak jalan-jalan tempat orang kan..selama nie jalan-jalan taiping,perak je..hehehe..kalau nak diikutkan hati aku teringin nak belajar jauh dari keluarga aku..kena campak study dekat sabah serawak pun sanggup tapi hurmm..duit yang mejadi masalah tentu banyak duit nak guna kan..tiket kapal terbang ,tiket bas,rumah,makan minumkenderaan,keperluan diri Ya Allah tak sanggup aku dah la masa nak daftar sini pun ntah berapa dah kena hurm..
Apa-apa pun inysallah akan belajar sungguh-sungguh demi mengejar cita-cita aku..kepada ibu dan abah alin sayang ibu dan abah sangat- sangat alin rindu ibu dan abah..muahhhhhxxx! peluk cium dari anak mu tercinta alin sayang ibu abah.  :’)

Comments

Popular posts from this blog

:(

kau datang lagi dalam hidup aku

FiRsT aWaRD...!!