June 19, 2015

Ibu saya juga seorang pembohong


Assalamualaikum, hai

Actually, dah lama baq hang cek tak tulis blog ni.

Tiba-tiba nak share cerita pasal semalam 1st puasa.  Time lunch time kat uitm memang tak ada kelas so time tu saja lah try nak call ibu sembang-sembang tanya khabar buat apa puasa ok tak.

***

conversation with ibu:
Me: assalamualaikum ibu buat apa tu *dengar ibu tit tit tit tit tit kat corong telefon*
Ibu: walaikumusalam tak buat apa pun kat rumah rehat-rehat tengok tv je.
Me: ibu bunyi apa tu *tit tit tit tit*
Ibu: bunyi tv
Me: yeke? kenapa macam dengar bunyi mesin yang kat hospital tu je. Ibu kat mana sebenarnya ni? *still dengar bunyi tit tit tit tit*
Ibu: laa dengar ke.  ha ibu kat hospital ni masuk air tadi pening-pening
Me: dengarlah,  Kenapa tak bagi tahu, Abah abang tak masej tak call alin pun bagi tahu,  Bila ? kenapa ibu tak cakap betul-betul dengan alin tadi. Sapa hantar pi hospital
Ibu: pagi tadi. Ibu nak kemas- kemas rumah basuh langsir tiba-tiba pening. ibu kejut abang lepas tu abang telefon abah bawak gi hospital.  Ibu tak nak alin risau.  alin kan ada ujian.
Me: Alin ada ujian ke periksa ke bagi tahu je.  sekurang-kurangnya alin tahu jugak jangan lah diam je.

***

Lepas habis cakap dengan ibu cepat-cepat call abah tanya awatlah tak bagi tau.  Jawapa abah sama ja dengan ibu, Takut aku risau.  Abah kata lagi pun pening ja dah okey dah tu. Lepas tu apa lagi aku cakap dengan abah bagi tau jelah sekurang-kurangnya aku tahu lah jugak,  ni tak semua pakat nak diam ja,  abang aku pun sama.

Dah la lama tak balik sejak seminggu cuti hari tu.  Betul kata Yati kawan rumah dayah.  "kenapa ko tak balik.  baliklah nanti jadi apa-apa kat family nanti jangan nak menyesal pulak nanti"  Sekarang baru nak menyesal sebab tak balik hari tu jenguk family.

Betul lah artikle yang penah aku baca kat website dulu yang  FAKTA IBU ANDA SEORANG PEMBOHONG  Dulu masa baca ehh yeke ibu ni pembohong tak cayalah, kan ibu takkan lah nak bohong.  so aku abaikan ja.  tak take serius pun,

Bila fikir balik pasal semalam masa call ibu.  Ehhhh!!! betullah ibu memang seorang pembohong.
Ada ke bunyi tit tit tit tit tit dekat hospital tu ibu kata bunyi tv.  Ibu alin pun tahu bezanya bunyi tv dengan bunyi mesin jantung kat hospital tu.


Now aku caya dah yang dok kata fakta ibu anda seorang pembohong tu.  100% percaya!!!

Seorang ibu sanggup bohong anaknya sebab tak nak anak dia risau pasal dirinya.  Ibu, how can you do this for me.  Take care ibu, abah, abang.  hmm T_T


salam rindu dari anakda mu
-fadzleen@alin-





December 02, 2012

birthday girl 2012


TERIMA KASIH
kepada:
liyana, ramatul, azlin
 terima kasih sebab sudi bawak aku jalan-jalan, makan-makan..this is my first birthday yang aku sambut dengan kawan-kawan.. 
iloveyou.



November 22, 2011

dapat hadiah

waaaauuuu..! dapat hadiah sapa bagi.? secret admirer ke.? *waklu* aku mana ada secret admirer aku yang jadi admirer orang adalah..hahaha siapa lah aku..aku bukan popular or glamour pun..so aku tak ada secret admirer ye..okey..dah tu siapa yang bagi aku hadiah.?

ha! nak tahu..cik masithah a.k.a cik mashimaro yang bagi hadiah tu..rakan karib aku sebelah meja dekat sekolah..taip-tiap hari dengar jeritan suara yang amat merdu *hahahaha nyah gurau nyah*  sehari tak jerit sunyi doh aku..dah nak abis sekolah dah lepas nie aku tak boleh dengar jeritan dia lagi...aku akan merindui mu jeritan suara mu..*hahahahaha*

dia kata nah nie hadiah hari jadi untuk hang happy birthday..wahhh terharu nyah..terima kasih daun keladi..ingat jugak nohh hang..masa hari khamis tu time balik hang ada cakap nak hadiah apa.? biar betul aku nak rumah banglo satu,kereta lotus satu,handphone,ipad..kau boleh bagi..?hahahaha gurau je..apalah kau tak aku nak mintak kot..tapi kalau kau bagi aku amik..bak kata bahasa kecil tapak nyiru aku tadah kan.. *hahahaha betul tak peribahasa aku*

kau orang kaya boleh lah bagi hadiah dekat aku..aku nie sederhana je..tak apa nanti bila aku dah keja aku bagi hadiah birthday untuk kau ye..tahun depan aku bagi hadiah ye..sempena birthday kau aku bagi kau pergi PLKN hahahaha *nyah kau jangan marah ye aku gurau je..*



cantikkk..terima kasih nyahh..aku suka..mula-mula aku ingat kau bagi bear..aku kan jiwa rock..tapi kau bagi bantal..suka derrr..boleh jadi bantal busuk aku..conform penuh peta atas bantal nie nanti hahahah...biasa aku kan raja tido..hahahaha..hadiah birthday yang pertama. thanks you.



domo yang tayang gigi nie pun kau yang bagi kan..ntah apa mimpi kau bagi aku pun tak tahu lahh..terima kasih ye nyah..walaupun aku tak selalu pakai or tak gantung dekat beg or kunci moto tak bermaksud aku tak ingat dekat kau aku ingat weiii..aku lebih suka simpan benda yang orang bagi..

macam hari tu aku letak dekat pensil box kau boleh pulak curi balik derr cuak aku..tapi aku still cool sebab aku tahu ada orang sengaja kenakan aku yelah aku kan suka sorok barang orang time tu memang dia orang nak kenakan aku lah kan..esok nya baru aku dapat rembat balik domo tu balik..kau kejam ehhhh.. ^_^

to siti masithah terima kasih sebab bagi hadiah nie aku amat menghargai pemberian hang..dia akan menjadi teman tidur aku selamanya..thanks you ily :-*

November 17, 2011

Birthday girl

assalammualaikum and salam sejahtera to blogger sekian...apa khbar sihat hope you all sihatsihat belaka ye  kalau ada yang tak sihat tu pergilah klinik ea..maaf lah lama tak update blog sebenarnye sekarang aku tengah exam spm so kena lah study tak boleh lah nak enjoy je..maaflah kepada yang mengikut perkembangan blog aku *ciss.!ada ke hahaha*

back to the title apa 17 November tu.?*apelah aku tanya soalan stupid mesti lah tarikh kan hahaha* maksud aku peristiwa disebalik tarikh tersebut korang tahu ke.?ha nk taw?kalau nak tahu bukak mata tu luas-luas baca entry nie ha..17 November.?tarikh couple ke.?anniversary ke.?or first time dating.?*waklu.! hhahahaaha* 17 November tu tarikh birthday aku lahhh..adoiyaiii..

korang nak tahu tak birthdayaku jatuh pada hari khamis time tu pulak exam matematik mak aiii..biol kepala hotak aku hahaha..sampai je dekat dewan sekolah belum nak duduk ada yang panggil "alin happy birthday" thanks lah kepada sesiapa yang ucap tu terharu beb.!tapi still gelisah mana tak nyer kejap lagi exam matematik..


petang tadi aku sambut birthday dengan ibu aku dekat A&W dekat Taiping Sentral time nak pergi tu hujan lebat aku redah je lahh janji dapat sambut..hehehehe..thanks ibu..alin sayang ibu.




October 27, 2011

my BFF

assalammualaikum and selamat sejahtera to all blogger2..saya mintak maaf lama xupdate blog busy la..bukan busy je lagi pun xada masa dan xada idea nak update blog..maaflah kepada sesiapa yang mengikuti blog saya ye..ada ke yg mngikuti..?? (aku rasa setiap entry pendahuluan sama je hehehehe)

now i want to story about my BFF..best friend forever okey not boyfriend forever hehehehe...who my bff??nama dia ialah yana.



dear yana,
trima kasih sebab angap aku sebagai bff ang..ang pun bff aku aku jugak..kita dah kenal lama yana sejak dari 2002 masa tu kita darjah 2...aku ingat lagi time kecik-kecik dulu..bila dekenang kembali time kecik-kecik dulu aku rindu sangat masa tu kalau boleh nak je aku putar masa nie xpun kembali pada masa lampau ala macam citer doremon tu lah..hehehe tapi tu kartoon mana sama dengan alam realiti..

cuba ang ingat balik sejak dari tingkatan1 hingga tingkatan 5 kita satu kelas kan2..mula-mula 1PB,2PC,3PC,4V1/4PTP/5PTP... kita sentiasa bersama-sama suka duka pahit manis semua lalui bersama tapi mungkin lepas nie kita xakan bersama lagi..ehhh bukan sebab aku pindah or aku mati ajal maut ditangan tuhan..kita mugkin xakan bersama lepas nie sebab mungkin ang masuk u lain aku masuk u lain..tapi jangan sebab tu hubungan persahabatan kita renggan ye..xmau3.!

ang suka tolang aku..terima kasih yana..time aku sakit or xpergi sekolah ang tolang amik kertas kalau ada lah..ang bagi tahu kenapa aku xmai macam-macam lah nak terang satu-satu memang banyak lah..kita selalu buat keja sekolah sama-sama..sampai jawapan pun sama cikgu pun syak kita meniru hahaha..gler lawak weiii...dah kita je yang sama kelas duduk dekat so sebab tu buat keje sekolah sekali...rumah ang pun xjauh sampai berkilo-kilo meter xsampai berbatu-batu 20 30 langkah sampai lah hehehe..hakikatnya aku xpernah bilang pun langkah-langkah tu hahahah sahaja je goreng hahaha...

ang kata nanti kawin xmau pengapit erkkk..sebab ang nak pakai air cond hahah lawak-lawak yana mana boleh mesti kena ada pengapit..boleh x aku jadi pengapit ang .??hehehe boleh aku ngorat pegapit lelaki hahahah :P gler mengedikkan aku hahaha...gurau je yana..hye selalu aku teman ang dating kan..xpe aku kesah lah tapi lepas nie ang kena teman aku dating pulak taw..bila tu aku xtahu lah tapi satu hari nanti pasti tiba..hahahaha..just wait ye.

okey lah sampai sini je aku merapu ye..andai aku ada melakukan kesalahan dan kekasaran maafkan lah diriku nie kerana aku manusia biasa aku bukan lah seorang yang sempurna..menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf..

yana my bff ily <3
bak kata pepatah kawan biar beribu berkasih biar satu tapi kawan sejatih susah dicari dan diganti..pernah dengar ayat ex-boyfriend,ex-girlfriend,tapi xpernah dengar ayat ex-best friend sebab xpernah jadi dan xakan jadi ex okey.! :)

nie gambar aku dengan bff dekat langkawi.


October 09, 2011

segangster-gangster aku pun ada perasaan

assalammualaikum and hai to all dah tengokkan tajuk atas tu okey aku bukan nak citer pasal citer bini-biniku gangster taw jangan salah faham aku nak citer pasal gangster aku..aku gangster hahaha gile lawak ar aku pun xtahu pulak yang aku nie gangster..gangster ke aku.?woii datyn aryfa aku gangster erkk..?hehehe aku gangster macam mana tu..?xkanlah sebab aku masuk taekwando aku gangster kot


xsemestinya seseorang yang masuk taekwando tu gangster..kami masuk taekwando sebab nak mempelajari ilmu seni mempertahankan diri..Master Rosli cakap (jurulatih taekwando) jangan tibai orang sesuka hati..kita belajar taekwando bukan nak belagak sebab kita nie hebat tapi kita belajar sebab nak mempertahankan diri...orang serang kita baru kita serang balik janganlah orang tu xada salah apa-apa kita nak tibai je...siapa yang buat macam tu sila keluar dari taekwando...rasa nya Master Rosli ada cakap macam nie...

datyn aryfa kenapa kau kata aku gangster.?adakah sebab tingkah laku aku atau cara aku yang xberapa feminim macam gadis-gadis yang lain kau kata aku gangster.?adakahh sebab aku suka buat suara kasar.?okey aku xadalah gangster sangat ye aryfa aku sebenarnya macam kau je seorang gadis yang lemah lembut (puiihhhh lemah lembut sangat ke aku nie hahaha) aku juga seorang gadis yang lemah.?lemah kenapa.?lemah dengan kata-kata manis seseorang yang bernama lelaki cehhhhh2 hehehe...ye aku mengakui aku mudah sangat jatuh cinta dengan seseorang cehhhh bodohkan aku nie...!


tengok print screen atas tu cehhhh2 sempat lagi minah nie kutuk aku ye..tunggulah dekat sekolah esok aku tibai kau hahaha...yang berhormat datyn arfya segangster-gangster aku aku juga punya perasaan ye..harap maklum..segangster-gangster mana xkiralah orang tu ketua kongsi gelap ke apa ke bila melibatkan seseorang yang dia sayang seperti ibu bapa mesti dia pun tetap akan menitiskan air mata..air mata nya tetap akan gugur dan jatuh ketanah jua..sama juga macam aku sayang kedua ibu bapa aku...walaupun perangai aku kasar or gangster tapi dalam hati siapa tahu...weii dalam hati aku ada taman taw...taman bunga lagi tu banyak bunga-bunga yang segar-segar hehehe...

aryfa aku tahu kau pun sayangkan mak kau kan..?anak mana yang xsayang mak...tapi kau lain sebab kau duduk dengan maktok kau so kau kenalah lebih sayangkan maktok kau tu hehehehe...kau xpelah mak kau sporting citer apa-apa pun boleh masuk...untung la..mesti kau rindukan mak kau kan.?xpe aku xkesah kalau kau nak anggap mak aku mecam mak kau mak angkat gitu tapi jangan lebih-lebih sudah ..! okey nanti aku yang jeles heheheh 

moral value jangan kita anggap orang yang gangster-gangster tu xada perasaan ye...setiap manusia ada perasaan bohonglah kalau ada yang xada perasaan...datyn arfya anda sudah faham sekarang.?hehehe

June 21, 2011

kecewa

mood:kecewa  :'(

kecewa bukan sebab aku putus cinta...ohh tidakkk!!! ok sebenarnye aku kecewa dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahun aku..mana xnyer aku jatuh 12 anak tangga...dulu nombor 7 sekarang no 19..kecewa beb bila aku dapat taw aku dapat nombor 19..hanya 1 A je yang aku dapat untuk peperiksaan pertengahan tahun nie...aku xdapat bayang kan nanti bila cikgu dah post kan slip keputusan 2 dekat rumah nanti conform aku kena marah dengan family aku...

memang salah aku jugak sebab ku nie kadang2 malas study yang taw menghadap Yahoo Massenger,My Space,Tagged,Facebook,Twitter,Blog n Skype.. 2 je yang aku taw..aku nie kaki 'online' TEGAR!! macam mana lah aku nak kurang kan masa online aku nie..nak maskuk asrama balik??ohhh tidakkk sama sekali aku xakan masuk balik lagi tension ar aku macam 2...

nanti bila slip keputusan sampai conform ibu n abah marah aku...conform aku dah xboleh online lagi...handphone? xyah cakap lahh aku memang gune handphone hari Jumaat,Sabtu n Ahad je..handphone aku xkesah sangat sebab aku jarang masej2 nie sejak aku single lagi..online je masalah aku sekarang...

mulai hari nie aku janji akan buat latihan tambahan..aku akan belajar bersungguh2 untuk masa depan aku..ibu maaf kan ye..alin janji akan belajar betol2..